H

TENTANG KAMI

Hanana Group Sdn. Bhd.

PENGENALAN

HN Wedding Exclusive merupakan perniagaan milik tunggal yang telah didaftarkan pada awal bulan Januari 2013 dengan menjalankan perkhidmatan butik pengantin di sekitar kawasan kajang / sek 7 bangi, selangor dan kawasan sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan ini kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2008. HN Wedding Exclusive beroperasi di No.1-49, Jalan Kajang Impian 1/11, 43000 Kajang / Sek 7 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Premis ini terletak di lokasi berhampiran dengan taman-taman perumahan dan berhampiran jalan utama yang menjadi tumpuan mereka yang memerlukan perkhidmatan butik pengantin untuk majlis perkahwinan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh HN Wedding Exclusive ini ialah perkhidmatan pelbagai pilihan set pelamin, baju pengantin lelaki & perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak pelanggan. Disamping itu, butik ini menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan dari yang biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita. Harga yang ditawarkan di butik ini amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana serta kurang berkemampuan serta boleh dirunding. Ini akan memudahkan pelanggan memilih perkhidmatan yang mengembirakan hari bahagia mereka. Seboleh mungkin kami ingin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan memandangkan kami mementingkan kepuasan pelanggan dalam memberi khidmat. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan khususnya memberi kepuasan kepada kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat disamping menjana pendapatan.

VISI SYARIKAT

Menjadikan HN Wedding Exclusive sebuah syarikat yang unggul dan efektif dengan menawarkan mutu perkhidmatan yang terbaik. Bagi merialisasikan misi syarikat, kami ingin memberi manfaat kepada ramai orang dengan menyediakan perkhidmatan perundingan perkahwinan bagi melaksanakan impian majlis perkahwinan yang luarbiasa.

MISI SYARIKAT

Memberi rundingan yang terbaik untuk pelanggan serta memberi cadangan dan khidmat perkahwinan serta meningkatkan sistem pengurusan efektif dan berkualiti bagi menepati kehendak dan kepuasan pelanggan. Sentiasa berdaya saing dan cekap serta komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan, layanan yang ekslusif, cekap dan mahir.

TULANG BELAKANG ORGANISASI

NORFAZLIN ABD GHAFAR PENGARAH URUSAN

MOHD FAIRUB B CHE RUBI PENGURUS OPERASI

PN. ZURAINI AZURA CFO – Chief Financial Officer

CIK NAZRUL HAZLIANA PENTADBIRAN